cinta ialah suatu pengorbanan.
cinta kepada Allah: kita mengorbankan orang yang kita sayangi iaitu pasangan lelaki perempuan yang belum disahkan sebagai pasangan suami isteri demi mencari keredhaannya. kerana sesungguhnya mereka sedar bahawa cinta yang sebenarnya hadir dari Allah S.W.T. dan cinta kepada Allah S.W.T ialah cinta yang kekal. maka dengan itu, InsyAllah, golongan seperti mereka akan mendapat cinta sejati a.k.a teman sejati yang ikhlas menerima mereka seadanya.
cinta kepada kekasih: kita mengorbankan apa sahaja demi mendapatkan seseorang tersebut sama ada harta, keluarga, maruah, harga diri, dan yang paling penting ialah Allah S.W.T. sesungguhnya mereka terleka dan terpukau dek hasutan Syaitan. sehingga suatu hari mereka menyesal atas segala apa yang telah mereka lakukan. namun ada segelintir manusia terlambat untuk menyesal atas segala yang telah dilakukan apa yang dilakukan oleh nya. mungkin ketika itu nyawa mereka sudah ditarik oleh Malaikat Maut, Malaikat Izrail. dan mungkin ketika itu mereka telah disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. di waktu-waktu ini, mereka sudah terlambat untuk mengigati segala yang kerosakannya di atas muka bumi ini. di waktu ini mereka sudah terlambat untuk mengingati Allah S.W.T. yang telah lama dilupakannya. di waktu ini tiada siapa yang dapat menyelamatkan mereka.